KENABIAN DALAM ISLAM

Allah mengangkat 124000 Nabi & Rasul untuk membimbing manusia untuk memenuhi tujuan penciptaannya, bermula dari ADAM sebagai manusia pertama. Nabi-Nabi Utama adalah NUH, IBRAHIM, MUSA, JESUS/ISA & MUHAMMAD (Nabi Terakhir). Semua Nabi menyampaikan Agama ISLAM – Penyerahan kehendak diri kepada kehendak ALLAH; mereka adalah MUSLIM. Sebagai Nabi Terakhir, Nabi MUHAMMAD menyampaikan agama Islam dalam bentuk yang lengkap dan sempurna untuk semua umat manusia sepanjang masa melalui QURAN.

 

Allah (Tuhan) Pencipta alam semesta dan segala yang di dalamnya, telah mencipta manusia untuk tujuan mulia: untuk menyembahNya semata-mata dan menjalani kehidupan yang mulia berdasarkan ajaran dan petunjukNya. Walaubagaimanapun, seseorang itu tidak berupaya memenuhi tujuan ini tanpa menerima garis panduan yang jelas daripada Allah.

Allah yang Maha Pengasih dan Maha Adil, tidak membiarkan kita di muka bumi tanpa hala tuju. Untuk menerangkan tujuan hidup kita, Allah telah melantik beberapa individu yang terpilih untuk berkomunikasi dan menunjukkan ajaranNya kepada manusia sejagat. Individu-individu ini dikenali sebagai Nabi yang di antaranya adalah Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (Jesus) dan Muhammad (sejahtera ke atas mereka semua).

 

Ciri- ciri seorang Nabi

Nabi menerima wahyu

Perbezaan utama diantara insan biasa dan seorang Nabi ialah seorang Nabi menerima wahyu daripada Allah.

Para Nabi mempunyai perwatakan yang mulia

Para Nabi merupakan contoh yang terbaik di antara manusia dari segi perwatakan dan kebenaran mereka. Mereka hidup dalam ketaatan kepada Tuhan (Allah) dengan sifat moral yang terpuji dan sentiasa berkata benar dalam ucapan serta tingkah laku mereka. Atas sebab ini, orang Islam menolak secara mutlak segala ciri-ciri berkaitan dosa-dosa besar kepada para Nabi, seperti yang tertera dalam sebahagian kitab agama-agama lain.

Para Nabi melakukan keajaiban

Kebanyakan Nabi melakukan keajaiban yang dalam bidang yang kaum mereka mahir. Sebagai contoh, kaum Nabi Musa (sekahtera ke atas baginda) mahir dalam ilmu sihir; oleh kerana itu, Nabi Musa (sejahtera ke atas baginda) berupaya untuk melakukan keajaiban berbentuk sihir yang tidak dapat dilakukan oleh ahli-ahli sihir yang lain. Kaum Nabi Isa/Jesus (sejahtera ke atas baginda) mahir dalam perubatan; oleh kerana itu, Nabi Isa/Jesus (sejahtera ke atas baginda) berupaya menyembuh manusia melebihi kemampuan kaumnya sendiri. Kaum Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda) mahir dalam bidang syair; oleh itu Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda) menyampaikan Al Quran, yang mengandungi Bahasa yang puitis tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyair. Tambahan pula, ramai Nabi menyampaikan ramalan-ramalan masa depan yang benar-benar berlaku. Kesemua kejadian ini hanya berlaku dengan izin dan bantuan Allah, yang membuktikan bahawa mereka adalah seorang manusia dan bukanlah Tuhan.

 

Para Nabi bukanlah Tuhan

Walaupun para Nabi dipilih oleh Allah yang Maha Kuasa, mereka bukanlah Tuhan dan tidak patut disembah. Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda) diperintah untuk berkata, “sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa (tunggal).” Quran; Surah Al Kahfi:110

 

Alkitab juga dengan jelas menyatakan di dalam kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru, bahawa para Nabi bukanlah Tuhan, dan mereka hanya menyembah dan sujud kepada Tuhan yang Esa (tunggal).

 

“Jesus (sejahtera ke atas baginda) “menjatuhkan mukanya di tanah (sujud) dan berdoa…” Matius 26:39

 

“Tetapi Musa dan Harun bersujud dan berkata…” Bilangan 16:22

 

“Abram (Ibrahim) bersujud, lalu Tuhan berkata…” Kejadian 17:3

 

Para Nabi mempunyai ciri-ciri yang diperlukan

Allah menganugerahkan semua Nabi ciri-ciri tertentu supaya mereka berjaya melaksanakan misi mereka. Ciri-ciri seperti kegigihan, keberanian, kepimpinan, kesabaran dan kebijasanaan.

Antara contoh:

  • Sifat rendah diri Adam (sejahtera ke atas baginda) dalam mengakui kesilapannya dan segera bertaubat selepas jatuh ke dalam tipu muslihat syaitan kepadanya dan isterinya.
  • Kegigihan Nuh (sejahtera ke atas baginda) dalam mengajak kaumnya menyembah Allah, walaupun tidak ramai yang menerima ajakannya.
  • Keberanian Ibrahim (sejahtera ke atas baginda) dalam berhadapan dengan seluruh masyarakatnya secara berhadapan dengan seluruh masyarakatnya secara bersendirian berkenaan kepercayaan palsu mereka, semasa baginda masih berusia sangat muda.
  • Kepimpinan Musa (sejahtera ke atas baginda) dalam membimbing kaumnya melarikan diri daripada penindasan pemerintah yang paling kejam pada masa itu, iaitu Firaun.
  • Kesabaran Isa/Jesus(sejahtera ke atas baginda) dalam menahan kesusahan dan penganiayaan yang dikenakan ke atasnya oleh kaumnya.
  • Kebijaksanaan Muhammad (sejahtera ke atas baginda) dalam menyatukan pelbagai puak Arab yang bermusuhan antara satu sama lain, yang mempunyai sejarah konflik yang panjang antara satu sama lain, kepada satu masyarakat yang aman damai.

Seruan para Nabi

Oleh kerana semua Nabi telah dihantar oleh Tuhan yang Satu, mereka menyampaikan seruan yang sama dan mempunyai misi yang sama iaitu untuk mengingatkan dan mengajar umat mereka tentang tujuan hidup yang sebenar.

 

Seruan mereka adalah untuk:

  • Menjelaskan konsep Tuhan yang sebenar dan menolak semua kepercayaan-kepercayaan palsu.
  • Mengajar tentang tujuan hidup yang sebenar.
  • Menunjukkan bagaimana cara untuk menyembah Allah.
  • Menyampaikan apa yang Allah maksudkan dengan perbuatan yang betul dan perbuatan yang berdosa, dan menasihati umat mereka sewajarnya
  • Menggambarkan ganjaran untuk yang taat (Syurga) dan memberi amaran tentang hukuman untuk yang tidak mentaati (Neraka).
  • Menjelaskan isu-isu yang biasa disalah faham seperti roh, malaikat, hari akhirat dan takdir (qada’ dan qadar).

 

Fokus utama semua Nabi adalah untuk menjelaskan konsep ketuhanan, bahawa Tuhan tiada pasangan atau sesuatu yang setaraf dengan-Nya, dan segala penyembahan mestilah ditujukan semata-mata kepada-Nya. Di dalam Quran terdapat banyak contoh para Nabi mengisytiharkan seruan ini:

 

Nuh (sejahtera ke atas baginda) berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada Tuhan (sebenarnya) bagimu selain Dia.”[Quran; Surah A A’raf:59]

 

Ibrahim (sejahtera ke atas baginda) berkata “Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak pula mendatangkan kemudaratan kepada kamu?” [Quran; Surah Al Anbia’:66]

 

Musa (sejahtera ke atas baginda) berkata “Layakkah aku mencari Tuhan untukmu selain Allah, padahal Dia yang telah melebihkan kamu atas segala umat (pada masa itu).” [Quran; Surah Al A’raf:140]

 

Isa/Jesus (sejahtera ke atas baginda) berkata “Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.” [Quran; Surah Ali Imran:51]

 

Muhammad (sejahtera ke atas baginda) berkata “…diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa (Tunggal). Maka sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia melakukan kebaikan dan janganlah menyekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah dengan Tuhannya.” [Quran; Surah Al Kahfi:110]

 

Seruan ini adalah sama sepanjang zaman dan menekankan kepentingan mempunyai kepercayaan yang benar terhadap Tuhan.

 

Setiap umat telah diutuskan Rasul

Setiap Muslim percaya bahawa ribuan Nabi telah diutuskan secara berperingkat oleh Allah sekurang-kurangnya seorang bagi setiap umat, sebagai rahmat kepada manusia untuk bimbingan mereka. Dalam keadaan tertentu, wahyu yang diutuskan oleh Nabi itu hilang, diubahkan, dilupakan, diabaikan, atau disangkalkan oleh umat mereka. Ini adalah antara sebab kenapa seorang Nabi yang baharu diutuskan untuk menyampaikan semula seruan Allah.

 

Umat Islam mempercayai dan menghormati semua Nabi yang telah diutuskan oleh Tuhan. Umat Islam juga mempercayai kepada semua Kitab Suci yang telah diwahyukan kepada para Nabi. Secara faktanya bahawa Kitab-Kitab suci tersebut sudah tidak wujud pada hari ini dalam bentuk asal, kecuali Kitab Al Quran. “Dia menurunkan Kitab (Al Quran) kepadamu (Muhammad) yang terkandung kebenaran, membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya, dan menurunkan Taurat dan Injil.” Quran; Surah Ali Imran:3

 

Mengapa tidak semua orang menerima Wahyu?

Allah mencipta kehidupan dan memberi manusia kehendak diri serta akal, sebagai ujian untuk melihat siapa yang akan rela mengikut jalanNya dan siapakah akan berpaling dariNya. Sekira semua orang menerima wahyu, kehidupan bukan lagi menjadi satu ujian keimanan yang sebenar adalah seseorang menggunakan akal untuk berfikir dan mengenalpasti tanda-tanda kewujudan Tuhan, dibandingkan dengan berbicara terus dengan Tuhan yang tidak memerlukan sebarang usaha, dan menjadikan kepercayaan itu tidak bermakna.

 

Walaupun para Nabi menerima wahyu secara terus, ini tidak mengecualikan mereka daripada ujian hidup, kerana kenabian membawa bersamanya kesulitan dan dugaan.

 

Nabi yang terakhir

Para Nabi telah diutuskan untuk kaum tertentu, dan setelah masa berlalu, seruan-seruan yang datang bersama mereka akan hilang atau diubah. Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda) tidak diutuskan untuk umat yang tertentu, tetapi untuk seluruh manusia, dan seruannya telah terpelihara dalam bentuk Al Quran dan Sunnah.

 

Al Quran adalah kata-kata Allah, dan ia bebas daripada sebarang bentuk kerosakan, kesalahan dan percanggahan. Ianya buku “petunjuk untuk manusia…dan perbezaan (daripada betul dan salah)” [Quran; Surah Al Baqarah:185]

 

Sunnah adalah koleksi percakapan dan perilaku Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda), seperti yang dicatatkan oleh para sahabat baginda dan murid-murid sahabat baginda. Oleh kerana terdapat ribuan catatan ini dan dijaga rapi keasliannya membuatnya mudah untuk seseorang untuk mengikut Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda) dengan betul.

 

Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda) ialah Nabi terakhir dari zaman baginda hingga hari kiamat, termasuk kini dan generasi akan dating. Baginda adalah contoh sempurna sebagai seorang insan yang jujur, adil, murah hati, berbelas kasihan, berkata benar dan berani. Baginda, seperti Nabi-Nabi yang sebelum baginda, tidak mempunyai sebarang ciri-ciri jahat dan berusaha keras semata-mata demi Allah.

 

Kesimpulan

Para Nabi telah dihantar sebagai rahmat oleh Allah, untuk menyampaikan utusanNya dan mengajar manusia bagaimana untuk hidup dengan kehidupan yang benar. Mereka mempunyai ciri-ciri terbaik dan perlu diikuti dan ditaati.

 

Mengikut seorang Nabi adalah ketaatan kepada Allah dan menolak seseorang Nabi adalah tidak taat kepada Allah. Nabi Muhammad (sejahtera ke atas baginda) ialah Nabi yang terakhir, maka petunjuk dari Tuhan telah pun sempurna, dan keselamatan kita telah sempurna dengan ketaatan kepada Tuhan dan Rasul terakhirNya.

Share This Post