Muhammad Nabi yang terakhir

[s.a.w. selawat dan salam keatasnya]

Muhammad

Nabi yang terakhir

 

Legasi dan kebenarannya,

Mesej keadilan dan keamanannya

terus menerus memberi inspirasi untuk membina dunia yang lebih baik.

 

 

Maksud nama “Muhammad” ialah “Dia yang sangat terpuji.”

Dimuliakan oleh berbilion-bilon orang

yang mencintai & mengikutnya,

dialah insan teragung.

Kenali dan kagumi baginda!

 

Muhammad dan mesejnya

“Muhammad adalah utusan allah dan nabi yang

terakhir.” [al-Quran 33:40]

Tuhan [Allah] memilihnya untuk menyampaikan Al-Quran, wahyunya yang terakhir. Para nabi sebelumnya, termasuk Ibrahim, Musa dan Isa [a.s.], diutuskan hanya untuk kaum mereka. Muhammad [s.a.w.] adalah nabi sejagat yang diutuskan oleh Allah kepada seluruh umat manusia. orang islam tidak menyembah mahupun mengidolakan baginda. Beliau bukan pengasas agama Islam. Kesemua para nabi sebelum baginda telah membawa mesej Islam : “Sembahlah Allah dan menjauhi segala kejahatan.”[al-Quran 16:36] Sebagai nabi yang terakhir, misi Muhammad [s.a.w.] adalah untuk menyeru manusia kembali kepada Islam.

kenapa tiada nabi selepas Muhammad

Allah melakukan apa yang dikehendakinya. Allah yang Maha Bijaksana memilih Muhammad [s.a.w.], seorang berbangsa arab dalam tahun 610 Masehi, sebagai nabi yang terakhir dan sejagat. Al-Quran daripada Allah mengandungi bimbingan wahyu yang lengkap yang boleh dilaksanakan secara universal. Allah memberi jaminan untuk memelihara Al-Quran supaya ia kekal tulen. Muhammad [s.a.w.] digelar “Al-Quran yang hidup.” Sebagai pengamal Al-Quran yang terbaik, baginda merupakan teladan paling sempurna untuk dicontohi dalam kehidupan di dunia ini dan juga persediaan ke alam akhirat selepas mati.Amalan kehidupan Muhammad [s.a.w.], iaitu “Sunnah“, memberi panduan yang ideal untuk melaksanakan ajaran Al-Quran bagi kami dan masyarakat.

Melalui Al-Quran dan Sunnah, Muhammad [s.a.w.] menyampaikan ajaran islam yang dibaharui,lengkap dan sempurna sebagai pedoman hidup untuk seluruh manusia sehingga akhir zaman.

Kesempurnaan tidak perlu susulan!

 

Insan yang terhebat

Muhammad [s.a.w.] dilahirkan pada 570 Masehi di Mekah [Tanah Arab] sebagai anak yatim. Misi kenabiannya bermula ketika umurnya 40 tahun sehingga kewafatannya pada tahun 632 Masehi. Allah memberi baginda tugasan teragung: menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.Selain daripada seorang pemimpin rohaniah, baginda juga seorang ketua, tentera, suami, ayah, kawan dan lebih lagi.

Baginda sentiasa rendah diri dan mengingati pengikutnya:” Saya hanya hamba Allah dan rasulNya.”

Satu testimoni kehebatan Muhammad [s.a.w.]:

Kenabian adalah diabadikan dalam syahadah

seorang Muslim apabila dia memeluk Islam:

“Tiada yang berhak disembah melainkan Allah

dan Muhammad adalah utusan Allah.”

 

Mukjizat terulung

Bagaimana dia menerima wahyu

Nabi Muhammad [s.a.w.] tidak pernah berbohong. Dri umur kecil, baginda dikenali sebagai “As Sadiqul Ameen” yang bermaksud “yang bercakap benar dan dipercayai.” Tiada siapa yang meragui integritinya. Oleh itu, percayailah baginda. Muhammad [s.a.w] berkata dia menerima wahyu dari Allah dalam bentuk termasuk:

  • Komunikasi terus dengan Allah
  • Wahyu diterima daripada Malaikat Jibril yang datang kepadanya dalam bentuk lelaki
  • Melalui inspirasi Illahi

Al-Quran

Muhammad (s.a.w.) tidak menulis Al-Quran mahupun mampu membuat sedemikian. Baginda buta huruf. Al-Quran merupakan satu mukjizat kerana: “…Tidak mungkin Al-Quran ini dibuat-buat oleh selain Allah…” [al-quran 10:37]

Al-Quran merupakan mukjizat agung yang diberikan kepada Muahammad (s.a.w.). Penjagaan yang rapi menyebabkan kandungannya kekal tulen sentasa. Ia boleh dilihat, didengar, dibaca dan disampaikan dalam bentuk asalnya sepertimana ia diwahyukan kepada Muhammad (s.a.w.) lebih 1400 tahun yang lepas.

Al-Quran mukjizat yang kekal abadi!

 

Muhammad & Nabi-Nabi yang Awal

Muhammad (s.a.w.) mengajar kita untuk memuliakan kesemua nabi-nabi. Baginda (s.a.w.) bersabda:“Semua Nabi adalah bersaudara ;mereka mempunyai ibu berlainan,tetapi Agama mereka satu.”[Bukhari]

Nabi Muhammad (s.a.w.) mengembalikan serta menyempurnakan panggilan sejagat Islam:

Baginda ada hubungan erat dengan tiga nabi-nabi.

 

Muhammad & Ibrahim

Muhammad (s.a.w.) merupakan seorang keturunan langsung dari Ibrahim melalui anaknya Ismail. Muhammad (s.a.w.) membentuk semula kewajiban Haji ke Mekah yang memperingati ketaqwaan Ibrahim. Dia mengajar setiap muslim untuk meyaksikan, di dalam ibadat solat, Rahmat Allah  kepada Ibrahim dan keluarganya yang termasuk bangsa arab dan yahudi

Muhammad & Musa

Muhammad (s.a.w) memberitahu pengikutnya :”Jangan kata saya lebih hebat dari Musa.”[Bukhari] Baginda juga berkata: “Jika Musa masih hidup hari ini, dia akan mengikuti saya.”[Ahmad]

 

Muhammad & Isa Al-Masih

Muhammad (s.a.w.)bersabda: “Saya adalah orang yang paling rapat dari semua orang kepada Isa, anak Maryam, kerana tiada nabi dihantar di antara kita.”[Bukhari]Oleh itu,Isa merupakan nabi kedua terakhir dan perintis kepada Muhammad (s.a.w.) yang diutus 600 tahun selepasnya.

 

Muhammad dalam kitab awal

Al-Quran menyebut kedatangan Nabi terakhir, Muhammad (s.a.w) telah diramal dalam Kitab Taurat asal Musa[al-Quran 7:157] dan dalam Kitab Injil dan Isa. [al-quran] Kitab wahyu yang terdahulu sama ada telah hilang atau diubah.  Namun, ada terdapat beberapa kebenaran didalam versi kitabnya masa kini. Para ulama yang membuat kajian telah menjumpai banyak rujukan menunjukkan kebenaran Muhammad (s.a.w.), nabi yang ummi (tidak mampu membaca dan menulis).

 

Legasi Muhammad untuk Dunia

Baginda memberi kita Legasi Kehidupan berkenaan Kebenaran & Maruah, Rahmat & Moral, Keadilan & Keamanan.Sesiapa yang mengikutinya menjadi insan yang lebih baik. Mana-mana masyarakat yang mengamalkannya akan berjaya dengan harmoninya.

Kitab Al-quran &hadis

“Aku telah tinggalkan pada

kamu Al-quran &Sunnahku.

Kamu tidak akan sesat selama

berpegang kepada keduanya.”

Sabda Muhammad dalam khutbah terakhir

 

Kebenaran dan Maruah

Melalui Al-Quran, Muhammad (s.a.w.) membawa kebenaran dari Tuhan tentang Ketuhanan, tentang makna kehidupan, kepertanggungjawaban di alam selepas mati (akhirat) dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan di kehidupan ini dan kehidupan selepas mati. Kebenaran meningkatkan maruah kita, dan membebaskan kita dari kepercayaan dan amalan yang kolot.

 

Rahmat & Moral

Sunnah Muhammad (s.a.w.) memperincikan kemuliaan akhlaknya, Keindahan adabnya dan kemurnian moralnya. Firman Allah: “Dan tiadalah Kami mengutuskan anda ( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekian alam.”[al-quran 21:107]Ikutlah baginda – kita akan mencapai Ketenangan diri, Ketenangan bersama orang lain, dan alam sekeliling.

 

Keadilan & Keamanan

selaku pemimpin Madinah, Muhammad (s.a.w.) membina satu model masyarakat berdasarkan kebebasan beragama, keadilan, kesamaan dan hak asasi.Model ini contoh ideal untuk masyarakat majmuk hidup bersama dalam keamanan dan keharmonian.Legasi Muhammad(s.a.w.) memberi jawapan kepada masalah dunia yang dihadapi, dan menjamin jalan keamanan dan kebahagian yang kami ingini.

“Barangsiapa yang mentaati rasul (Muhammad),maka dia telah mentaati Allah.”[al-Quran 4:80]

“Katakanlah (Wahai Muhammad):”Jika kamu (benar-benar)” mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah Mengasihi kamu…”[al-Quran 3:31]

 

 

L E G A S I  M U H A M M A D   

KEARAH KEHIDUPAN YANG SEMPURNA…

…diinspirasikan Muhammad (s.a.w.)

7Ajaran dari nabi Muhammad

kasih sayang & Ihsan

“Tiada siapa akan benar – benar menjadi seorang yang

beriman kecuali jika dia mencintai sesama manusia

apa sahaja yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”[Bukhari]

Hentikan perkauman

“Semua manusia adalah dari Adam. Tiada kelebihan

seorang Arab ke atas seorang bukan Arab, mahupun

seorang yang berkulit putih ke atas berkulit hitam dan

sebaliknya kecuali atas ketaqwaan.”[tirmidhi]

 

Jadilah pendamai

“Adalah lebih baik dari solat, puasa dan sedekah apabila

seseorang mendamaikan satu perbalahan diantara dua

pihak kerana perbalahan merosakkan masyarakat.”[Tirmidhi]

 

Melindungi Bukan Islam

“Awaslah! Pada hari Kiamat, saya sendiri akan menentang

sesiapa yang menindas dan menghalang hak seorang

bukan Islam yang merupakan ahli di negara Islam serta menekannya dengan bebanan berlebihan atau  mengambil darinya tanpa izinnya.”[Abu Daud]

 

Menghormati wanita

“Lelaki mempunyai hak keatas wanita dan wanita

mempunyai hak ke atas lelaki. Hendaklah memperlakukan

wanita dengan baik kerana mereka adalah sahabat

dan pembantu anda.”[Tirmidhi]

 

Sayangilah Haiwan

“satu kebajikan yang dilakukan kepada haiwan sama

seperti satu  kebajikan yang dilakukan kepada manusia.

sama seperti kejahatan yang dilakukan kepada haiwan

sama seperti kejahatan kepada manusia.” [ Bukhari]

 

Memelihara Alam sekitar

‘Sekiranya seorang Islam menanam sepohon pokok

atau menggembur satu ladang dan kemudian manusia,

burung – burung dan haiwan mendapat manfaat darinya,

dia benar-benar telah melakukan sedekah.”[Bukhari] 

 

 

 

Share This Post