Street Dakwah Mega!

Street Dakwah Mega! PERKIM Bahagian Negeri Selangor juga telah turut serta mengambil bahagian dalam Street Dakwah Mega anjuran MRM pada 21 Disember 2019. Lokasi yang menjadi pilihan kami adalah sekitar Taman Rakyat, Sri Andalas Klang. Para peserta Street Dakwah terdiri daripada PERKIM Cawangan Klang, PERKIM Cawangan Selayang Baru, dan individu-individu yang menjadi sukarelawan. Aktiviti Street Dakwah bermula pada jam 7.30pagi sehingga jam 10.30 pagi. Aktiviti Street Dakwah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Islam. Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka.

Share This Post